Connect with us
Kool FM

Berita

Bersediakah Ibu Bapa Menghantar Anak Kembali Ke Taska?

Yang pasti, setiap ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik buat anak masing-masing.

Published

on

Bagi memudahkan ibu bapa yang perlu kembali bekerja, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dibenarkan beroperasi semula berkuatkuasa 4 Mei 2020.

Namun, ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi segmen Kool Talk bersama penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz, mereka telah membincangkan topik mengenai kesediaan ibu bapa menghantar anak kembali ke taska.

Rata-rata ibu bapa ada yang masih risau dan tidak yakin menghantar anak ke taska disebabkan situasi wabak yang masih belum pulih sepenuhnya.

Namun, sesetengah pula berasa lega kerana mereka tidak mempunyai pilihan apabila perlu berkhidmat dan mula bekerja.

Kanak-kanak secara lazimnya suka bermain dan keadaan di taska yang mempunyai jumlah kanak-kanak yang ramai memudahkan risiko jangkitan berlaku, jika salah seorangnya jatuh sakit.

Presiden Persatuan Pengusaha Dan Penyelidik Awal Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PTKL), Encik Husen Mohd Yusof Khan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima pelbagai komen daripada ibu bapa, pengusaha, pengasuh dan pendidik yang bertanya mengenai isu keselamatan.

“Sebenarnya, dari segi keselamatan pihak taska sendiri kita sudah ada SOP yang dikeluarkan khas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“SOP itu memang lebih ketat berbanding SOP kebiasaanya kerana ia melibatkan keselamatan manusia (kanak-kanak),”

Menurutnya lagi, jika SOP tersebut dilanggar dan tidak diikut dengan cara yang betul, penyakit Covid-19 boleh merebak semula melalui kluster baharu.

Beliau juga menjelaskan pihaknya masing-masing mempunyai group Whatsapp untuk berbincang cara terbaik sebelum memulakan operasi.

“Apabila SOP telah dikeluarkan oleh JKM, tidak ditetapkan tarikh bila kita hendak mula beroperasi. Itu terletak kepada pengusaha sendiri samada sudah bersedia atau tidak.

“Bila beroperasi, kita tengok juga kawasan tempat samada kawasan panas, senang berjangkit atau masih clear. Tengok juga jumlah kanak-kanak yang akan dihantar dengan melakukan survey dahulu. Kalau kanak-kanak 10 orang, penjarakan sosial dalam satu rumah itu boleh lagi,” ujar beliau.

Dengarkan perbualan penuh bersama Encik Husen Mohd Yusof Khan di bawah:

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement