Semasa & Hiburan
“Berjalan Kalau Tak Ada Masa Bersenam,”-Nourul
Jika disiplin diri tinggi, tak mustahil untuk kurus.
Setiap ibu yang baru tamat tempoh berpantang pasti tertanya-tanya bilakah boleh mula bersenam untuk turunkan berat badan selepas bersalin, betul tak?
Jawapan kepada soalan ini berbeza bagi setiap individu.
Bagi penyanyi Nourul Wahab, dia memilih untuk banyak melakukan aktiviti berjalan kaki di samping turut melakukan senaman.
Perkara itu didedahkan menerusi laman Intagram miliknya pada Selasa.
Nourul yang mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Eric Daniel Depp baru sahaja melahirkan anak ketiga, Isabella pada 30 April lalu.