Connect with us
Kool FM

Berita

Rakyat Mahukan #TamatDarurat

Hashtag Kerajaan Gagal yang trending sejak Sabtu kini disambung pula dengan hashtag Tamat Darurat oleh wargamaya di laman Twitter. Topik menghentam kerajaan masih lagi hangat diperkatakan sehingga membolehkan ia trending sehingga kini. Situasi ini dilihat bukannya semakin reda tetapi semakin panas dibahaskan.

Published

on

Hashtag Kerajaan Gagal yang trending sejak Sabtu kini disambung pula dengan hashtag Tamat Darurat oleh wargamaya di laman Twitter. Topik menghentam kerajaan masih lagi hangat diperkatakan sehingga membolehkan ia trending sehingga kini. Situasi ini dilihat bukannya semakin reda tetapi semakin panas dibahaskan.

#TamatDarurat adalah patisyen yang dirangka oleh satu Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang menuntut supaya pengisytiharan darurat ditamatkan segera. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Khalid Samad, di mana dia melancarkan petisyen untuk ditandatangan oleh rakyat melalui laman web tamatdarurat.com . Setakat hari ini, jam 10.40 pagi seramai 34,495 orang telah menandatangani petisyen tersebut sekaligus menyokong gerakan yang dibawa.

Khalid pernah memberitahu bahawa sasaran masa petisyen tersebut diberi kepada  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah sebelum Ramadan. Namun, hari ini dapat dilihat petisyen pengumpulan tandatangan itu masih belum berakhir malah ia semakin rancak disebut di laman Twitter sehingga menjadikannya trending hari ini.

Rata-rata wargamaya menuntut supaya darurat ditamatkan supaya parlimen boleh dijalankan seperti biasa. Antara isu yang dibawa adalah mengapa ahli parlimen masih menyorok di balik tirai darurat dan enggan menjalankan parlimen sedangkan mereka telahpun menerima vaksin terlebih dahulu.

Ada yang membandingkan situasi ini dengan anak mereka yang masih bersekolah, “Anak saya yang berumur kurang dari 5 tahun belum divaksin dan perlu pergi ke sekolah setiap hari jadi mengapa menteri yang sudah divaksin tidak boleh melaksanakan sidang parlimen?”

Perkara ini menjadi debatan wargamaya. Menurut mereka, jelas kerajaan sebenarnya mengamalkan sikap hipokrasi. Mereka juga turut menghentam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kerajaan terutama tentang kenyataan terbaru mengenai penjawat awam.

Terlalu banyak skandal mengenai kerajaan tular dan tidak menyenangkan rakyat. Apa pun, kita tunggu kenyataan rasmi tentang isu ini.

Baca juga: #KerajaanGagal Trending Di Twitter Kini Cecah Lebih 150 Ribu Ciapan

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement