Berita
Berita Baik! Kerajaan Umum BPN 2.0
Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
Petang 23 September, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khas KITA PRIHATIN tentang perkembangan ekonomi sekaligus mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.
Menurutnya, bantuan tersebut mensasarkan empat kelompok iaitu golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 yang berkeluarga dan bujang, golongan pekerja negara dalam pelbagai bidang dan golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.
Sumber: cariangoogle
Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
- Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
- Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
- Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
- Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
Sumber: teksucapan