Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Beri Cico Sedikit Masa Lagi." – Uji Rashid

Cico yang menghidap penyakit misteri hingga sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu, kini sudah boleh menghafal skrip serta berlakon.

Published

on

Pelakon dan penyanyi zaman 70-an Uji Rashid mahu orang ramai memberikan sedikit lagi masa kepada anaknya, pelakon Cico Harahap untuk pulih sepenuhnya.

Menurut Uji Rashid lagi,
“Ada yang bertanya dan menawarkan Cico berlakon… Buat sementara ini, saya masih belum boleh melepaskan dia lagi. Ini kerana dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.
Cico yang menghidap penyakit misteri hingga sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu, kini sudah boleh menghafal skrip serta berlakon.
Namun kata ibunya,
“Tahap kesihatannya sudah lebih 80 peratus pulih.”
“Beri dia sedikit waktu… Cico ada meluahkan hasrat kepada saya untuk kembali berlakon,”
Sementara itu, Cico mengaku merindui dunia lakonan.
Sehubungan itu, dia berharap masih ada peluang untuknya kembali beraksi di kaca televisyen (TV).
Cico mengalami masalah kesihatan sejak akhir 2016.
Selain rawatan hospital, Cico merujuk masalah yang dihadapi kepada pengamal perubatan Islam hingga hari ini.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement