Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Bercinta dengan ulat buku sebenarnya lebih beruntung!

Published

on


MEMBACA itu sememangnya amalan yang sangat bermanfaat pada kita. Lebih banyak kita membaca lebih luas ilmu kita tentang pelbagai perkara. Pendek kata banyak perkara yang korang akan belajar dengan membaca buku.

Tapi korang kena pastikan jugak, buku yang korang baca tu adalah buku yang berfaedah!

Sebenarnya sis bukan nak cerita pasal buku, sis nak kongsikan dengan korang kenapa bercinta dengan ulat buku ini sebenarya sangat beruntung!

Bila korang meluangkan masa bersama si ulat buku, korang akan belajar dengan lebih banyak benda baru. Ini disebabkan banyak ilmu yang dah terbuku di minda oleh si ulat buku ni. Secara tidak langsung, pengetahuan korang pun akan jadi lebih luas!

Si ulat buku merupakan seorang yang mempunyai sifat empati yang tinggi. Ini disebabkan ia memahami pelbagai macam perkara hasil daripada membaca. Jadi, tidak disangkal lagi kenapa mereka ini sangat memahami orangnya.

 

Cuba korang fikir bila korang mengetahui banyak topik daripada si ulat buku, korang boleh berdebat tentang sesuatu isu atau pun bertukar-tukar pandangan atau pendapat antara satu sama lain.

Pendek kata, tidak mudah untuk ulat buku ketandusan idea.

 

Yang menriknya tentang si ulat buku ini pandai berdikari dan jelaslah ia akan menghabiskan masa dengan perkara yang berkualiti dan berfaedah. Sis rasa lebih baik daripada yang hanya suka berseronok dan membuang masa. At least, korang dapat tambah ilmu!

Yang paling senang, korang tak perlu bersusah payah nak pilih hadiah pun. Apa yang korang boleh buat adalah ambil tahu jenis buku yang suka dibaca dan boleh dijadikan hadiah yang sangat disukainya!

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk membuat keputusan dalam mencari pasangan yang lebih berkualiti! Macam sis!

Sumber:Wanista.com

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement