Connect with us

Hiburan

Bella Dally Bertunang, Elfira Loy Tumpang Bahagia

Setiap yang mempunyai sahabat karib, sudah pasti akan turut merasa gembira di saat teman rapat melayari momen terindah dalam hidup.

Published

on

Setiap yang mempunyai sahabat karib, sudah pasti akan turut merasa gembira di saat teman rapat melayari momen terindah dalam hidup.

Begitu juga buat pelakon yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, Elfira Loy yang turut bahagia apabila mengetahui sahabat baiknya iaitu pelakon, Bella Dally sudah mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Instagram milik Elfira, dia meluahkan rasa terharu melihat Bella kini kembali gembira apabila telah bertemu jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Arif.

“She has the biggest smile on her engagement, so happy to see her this happy. I couldn’t stop smiling when i received this on that day.” tulisnya menerusi kapsyen di laman Instagram.

Dalam pada itu, Elfira turut berdoa agar tali pertunangan yang diikat sabahat baiknya bersama seorang ahli perniagaan itu akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

“Semoga Allah lindungi hubungan ini hingga ke jinjang pelamin & semoga Allah permudahkan segala urusan.” ujarnya lagi.

Bella dan Arif selamat mengikat tali pertunangan Sabtu lalu di Sabah, dalam sebuab majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement