Connect with us
Kool FM

Sukan

Bawa Wanita Ke Hotel, 2 Pemain England Digantung Perlawanan

Padah langgar protokol…

Published

on

Pemain muda England, Phil Foden dan Mason Greenwood tidak akan bermain bersama rakan sepasukan mereka selepas didapati melanggar protokol Covid-19 yang ditetapkan. Gambar yang dimuat naik oleh DV, iaitu salah seorang wanita dalam video Snapchat yang didakwa dirakam di bilik hotel, mendapati mereka membawa wanita ke hotel semasa di Iceland. Kedua-dua pemain itu membuat penampilan antarabangsa bersama skuad senior ketika meraih kemenangan ke atas Iceland, Sabtu lalu. Namun pencapaian itu seolah-olah ditutup disebabkan isu berkenaan.

Menurut laporan, para pemain sudah diberikan garis panduan yang ketat bagi memastikan keselamatan mereka daripada wabak Covid-19. Berdasarkan rakaman yang tersebar, ia menunjukkan Foden dan Greenwood mengabaikan protokol itu. Tindakan mereka membawa pulang wanita juga melanggar peraturan tingkah laku FA ketika memikul tugas di peringkat antarabangsa.

Foden dan juga Greenwood meminta maaf di atas kesalahannya yang ‘tidak boleh diterima’ itu. Kedua-dua pemain yang membuat kemunculan pertama bersama skuad Three Lions ketika menang 1-0 di Reykjavik 24 jam sebelum itu, didenda £1,360 (RM7,448) oleh polis tempatan. Pihak FA England juga sudah menjalankan siasatan dan memohon maaf kepada bola sepak Iceland.

Kedua-dua bintang muda England itu akan terlepas empat perlawanan antarabangsa selepas ini apabila disingkirkan daripada skuad Gareth Southgate dan dihantar pulang dalam keadaan yang memalukan. Mereka dikatakan dihantar pulang ke kelab mereka dengan kedua-dua kelab berang dengan tindakan bintang mereka. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement