Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

‘Batman’ Sebenar Berada Di Vietnam?

Obses sangat sampai bina Batmobile sendiri…

Published

on

Kerana terlalu obses dengan karakter adiwira Batman, seorang penuntut kolej di Hanoi, Vietnam berjaya menghasilkan sendiri kenderaan ‘Batmobile’ yang digunakan dalam filem Batman.

Nguyen Dac Chung, 23 tahun, merealisasikan impiannya untuk memiliki sendiri kenderaan Batmobile Tumbler yang mana dia sendiri mereka bentuk kenderaan itu bermula tahun lalu. Dia yang dibantu rakan sepasukannya untuk membina kenderaan itu mengatakan ilham untuk membina Batmobile muncul selepas dia menonton filem The Dark Knight

Menurut laporan, penuntut seni bina itu menghabiskan masa selama 10 bulan serta menggunakan lebih AS$21,700 (RM89,707) wangnya sendiri untuk membuat projek tersebut yang kini hampir sempurna. Kenderaan itu dikatakan mempunyai enjin 400cc, dikuasakan dengan empat silinder serta mampu mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam. 

Walau bagaimanapun, pemuda itu mengakui dia masih perlu bekerja keras untuk menyempurnakan bahagian dalaman kenderaan itu terutamanya pada bahagian lampu. Kenderaan Batmobile itu dibina menggunakan komponen dan bahan material dari Vietnam termasuk yang diimport  dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Bahan yang digunakan memang diakui sedikit rumit seperti bahagian tayar yang hanya boleh didapati dari luar negara. 

Projek berkenaan kini hampir 90 peratus telah siap dan mendapat perhatian di sekitar Hanoi serta meraih liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Selain sebagai seorang penuntut kolej, Dac Chung juga merupakan seorang usahawan yang mengendalikan sendiri syarikat produksi cosplay. Dia tidak menolak kemungkinan akan menghasilkan beberapa projek yang lain di masa akan datang. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement