Connect with us

Hiburan

Bapa Ezad Lazim Meninggal Dunia

Berita sedih itu dikongsi oleh Ezad sendiri menerusi laman Instagram dan Facebook miliknya.

Published

on

Bapa kepada penyanyi Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, jam 7.25 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ezad sendiri menerusi laman Instagram dan Facebook miliknya semalam.

“6/8/19: Abah saya Allahyarham Mohamad Lazim Ismail kembali ke rahmatullah tepat jam 7.25 malam. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham Mohamad Lazim, 74, pernah dimasukkan ke hospital sama pada 20 Februari lalu selepas mengadu sakit dalam perut dan mengalami masalah sakit di bahagian pinggang.

Mohamad Lazim adalah seorang pemuzik yang pernah aktif bersama kumpulan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah dalam genre ghazal parti.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Taman Uda, Alor Setar dan majlis pengebumian dijangka sebelum solat Zuhur hari ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement