Connect with us
Kool FM

Berita

Bantu Ibu Mengandung Kekurangan Darah Jenis O-Ve, Usaha Murni Pemuda Ini Dipuji Netizen

Bagusnya pemuda ni…

Published

on

“Adat hidup tolong-menolong, syariat palu-memalu” begitulah peribahasa yang boleh digambarkan buat usaha murni pemuda ini yang sanggup membantu seorang ibu mengandung yang kritikal kerana kekurangan darah jenis O negatif. Tular di sosial media Twitter Syed Amirul Firdaus apabila ciapannya mendapat perhatian netizen.

Mengikut cerita sebenar, Syed yang juga merupakan seorang doktor pelatih di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu menerima mesej daripada pihak hospital untuk membantu menderma darah jenis O negatif kepada seorang ibu mengandung yang kritikal.

Tambahan lagi, darah jenis O negatif adalah sangat jarang untuk didapati. Ibu mengandung ini dikategorikan sebagai pembedahan berisiko tinggi kerana mengalami komplikasi “Placenta Previa Major (PP major)” di mana uri bayi itu menghalang pembukaan pintu rahim sehingga menyebabkan bayi itu tidak boleh lahir secara normal dan perlu dibedah. Oleh itu, pihak hospital memerlukan darah jenis O negatif untuk bersiap sedia jika ada pendarahan kritikal yang memerlukan darah jenis itu.

Usaha murni Syed juga mendapat banyak respon positif dari pengguna-pengguna laman sosial Twitter yang menyokong niat baik pemuda itu.

   Sumber : Twitter @nrlainftn

   Sumber : Twitter @itss_izz

   Sumber : Twitter @aidasukayou

Syed yang juga merupakan penderma darah jenis O negatif, menyeru masyarakat di luar sana untuk menderma darah kepada yang memerlukan. Dengan menderma darah, anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itu pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, kita patut menderma darah setiap 3 bulan sekali. Selain boleh membantu menderma, anda juga boleh mendapatkan pelbagai kelebihan yang diberikan kepada penderma darah.  Jadi tunggu apa lagi, marilah kita berbakti kepada negara!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement