Connect with us
Kool FM

Berita

Bank Rakyat bantu individu, PKS

Published

on


KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) susulan penamatan moratorium pembayaran balik pinjaman 30 September ini seiring dengan komitmen institusi perbankan itu memacu kemajuan industri keusahawanan negara.

Menurut Bank Rakyat dalam kenyataan, tawaran itu melibatkan fleksibiliti sama ada dengan membayar keuntu­ngan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat turut menasihatkan pe­langgan yang berhasrat memohon bantuan bagi meneruskan pembayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium tamat untuk segera menghubungi institusi tersebut.

Katanya, pelanggan yang berhasrat memohon boleh berbuat demikian menerusi satu daripada saluran komunikasi Bank Rakyat iaitu e-mel ke [email protected] dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan telefon bimbit untuk dihubungi.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan bank berdekatan atau menghubu­ngi pusat panggil di talian 1-300-800800.

“Pelanggan turut disaran untuk melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter) untuk sebarang maklumat lanjut.

“Buat pelanggan yang tidak terjejas pula, mereka dinasihatkan untuk menguruskan urusan pembayaran pembia­yaan seperti biasa bermula Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan itu semalam.

Bank Rakyat sebelum ini mengumumkan penawaran bantuan lanjutan moratorium khusus untuk pelanggan yang telah diberhentikan kerja pada 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Selain itu, pelanggan yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berlanjutan sehingga Disember 2020 turut ditawarkan kemudahan tersebut.

Bantuan bersasar juga ditawarkan kepada pelanggan yang dikenakan potongan gaji oleh majikan yang mana mereka boleh diberikan pengura­ngan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama enam bulan.

Moratorium pembayaran balik pinjaman secara automatik telah dilaksanakan kerajaan bermula April dan bakal berakhir 30 September ini.

Kerajaan bagaimanapun melanjutkan moratorium secara bersasar selama tiga bulan lagi khusus untuk golo­ngan benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penula­ran pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

The post Bank Rakyat bantu individu, PKS appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement