Connect with us

Berita

Banjir: Jumlah Mangsa Menigkat Di Kelantan

Ia melibatkan 1,578 keluarga di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh lokasi.

Published

on

Setakat jam  12 tengah malam tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,491 orang berbanding 4,496 mangsa.

Ia melibatkan 1,578 keluarga di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh lokasi iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kuala Krai.

Menurut laporan wartawan Siti Nor Hidayatidayu Razali, mangsa banjir di Pasir Mas mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 3,231 mangsa daripada 970 keluarga di 18 PPS.

Manakala Kota Bharu seramai 739 mangsa, Pasir Puteh 611 mangsa, Tanah Merah 284 mangsa daripada 78 keluarga dan Bachok seramai 235 mangsa daripada 52 keluarga.

Di Machang pula mencatatkan 182 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke empat PPS.

Sumber: Harian metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement