Connect with us

Berita

Bakar Mayat Kekasih 3 Hari

Gara-gara meminta hutang, seorang lelaki sanggup membunuh dan membakar teman wanita.

Published

on

Siapa sangka seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dan membakar mayat kekasihnya selama tiga hari.

Leslie Khoo Kwee Hock berusia 51 tahun didapati telah mencekik kekasih, Cui Yajie berusia 31 tahun hingga mati dalam keretanya gara-gara mangsa meminta lelaki itu membayar hutang berjumlah SG$20,000 (RM60,354).

Leslie yang sudah berkahwin dikatakan membakar mayat wanita itu bagi menghapuskan bukti namun gagal, selepas polis menemui gumpalan rambut, cebisan pakaian dan tali pakaian dalam mangsa.

Apa yang lebih kejam, Leslie sanggup menutup mayat mangsa menggunakan beg pakaian dan meninggalkannya di dalam kereta semalaman sebelum membawa mayat mangsa ke satu tempat sunyi dan membakarnya selama tiga hari untuk menghapuskan bukti.

Insiden ini adalah kes kedua dalam sejarah Singapura melibatkan pembunuhan tanpa mayat.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement