Connect with us

Hiburan

“Bagai Anak & Ayah” Tasha Shilla Bertemu Dengan Fadzilah Kamsah

Semoga dipermudahkan buat Tasha..

Published

on

Pelakon yang popular menerusi sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999 iaitu Tasha Shilla nampaknya makin berseri-seri dari hari ke hari.

Baru sahaja selesai dengan drama rantaian Kau Yang Pertama, Tasha masih dilihat bertungkus lumus untuk mempelajari pelbagai perkara dalam kehidupan.

Menurut Tasha, dia sebelum ini mempelajari teknik lakonan bersama guru lakonan Fatimah Abu Bakar di rumahnya.

Terbaharu menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya pula, dia bertemu dengan pakar motivasi Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

View this post on Instagram

Berbesar hati dapat berjumpa dengan pakar motivasi Malaysia yang dikenali dan disayangi ramai Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

“Berbesar hati dapat berjumpa dengan pakar motivasi Malaysia yang dikenali dan disayangi ramai Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.”, katanya menerusi kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata memuji kejelitaan pelakon berkenaan dan ada juga yang mengatakan Tasha seperti anak kepada pakar motivasi berkenaan.

Semoga segala usaha dan keringat Tasha untuk menimba ilmu bersama dengan individu berpengalaman membuahkan hasil serta dipermudahkan.

 

 

Sumber daripada: Instagram Tasha Shilla

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement