Semasa & Hiburan
Azza Elite Berhenti Makan Ubat Hormon Gara-Gara…
Semoga dipermudahkan urusan Azza dan suami..
Gara-gara tidak tahan berdepan dengan gangguan emosi yang tidak stabil, pelakon atau penyanyi Azza Elite menghentikan seketika pengambilan ubat hormon yang diambil bagi menyusukan anak angkatnya, Muhammad Adam.
Azza menjelaskan keputusan itu dibuat atas nasihat doktor selepas mendapati keadaan dirinya mengalami kesan sampingan dengan pengambilan ubat tersebut.
“Bayangkan, saya boleh tiba-tiba menangis dan kemudiannya bertukar emosi kegembiraan dalam satu masa. Seram kan?”
Menurutnya, keadaan itu berlarutan sehingga dia berjumpa doktor yang menyarankan untuk menghentikan pengambilan ubat itu buat sementara waktu.
Azza turut mengakui dirinya sedih kerana impian untuk menyusukan Adam belum selesai.
Namun, Azza masih tidak berputus asa dalam usaha untuk menghalalkan hubungan anak angkatnya itu di sisi agama.
Dalam pada masa yang sama, Azza turut mengambil makanan sampingan untuk mempercepatkan proses menghasilkan susu badan secara semula jadi sebelum menyambung pengambilan ubat hormon.
Azza dan suami, Azlan Zulaily mengambil anak angkat yang bernama Muhammad Adam yang kini berusia sembilan bulan selepas pulang menunaikan umrah, Oktober tahun lalu.