Connect with us

Hiburan

Azrel Ismail Nak ‘Enjoy’ Dulu

Azrel mengakui dirinya sudah berpunya tapi…

Published

on

Kurang terpalit dengan kontroversi, siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang mempunyai muka mirip Remy Ishak, Azrel Ismail.

Pelakon drama Cetera Hati Diya ini mengakui telah berpunya.

Bagaimanapun, Azrel mahu menikmati hidup solo sepuas-puasnya terlebih dahulu tanpa terburu-buru kahwin.

“Saya sudah ada calon (untuk dijadikan isteri), namun belum ada perancangan ke arah itu. Saya mahu nikmati hidup sendirian sepuas-puasnya.

“Benar, ada yang beritahu, sekarang usia yang sesuai untuk saya berkahwin. Memang saya tidak nafikan perkara itu.

“Melihat teman artis melangsungkan pernikahan, hati terusik. Namun, ini bukan suatu tekanan buat saya,” katanya kepada wartawan, Zaidi Mohamad.

Menurut Azrel lagi, soal perkahwinan perlu dipandang serius.

“Nikah bukan boleh dibuat serta-merta… Kena dirancang betul-betul. Selepas berkahwin, kehidupan pasti berubah,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement