Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Azharina Puas Dan Bersyukur

Sebut tentang Azharina, pasti teringat lagu Elergi Sepi!

Published

on

Penyanyi Azharina telah menjayakan Concert Azharina: Queen of Soul pada Sabtu lalu.

Bercerita mengenai malam konsert berkenaan, Azharina mengakui puas dan rasa bersyukur kepada ALLAH, apabila hasrat untuk merealisasikan konsert solo akhirnya terlaksana.

Namun begitu, pelantun lagu Elergi Sepi ini tidak menafikan ada sedikit kekurangan pada malam itu.

“Apa yang boleh saya katakan dari segi persembahan saya pada malam tadi hanya 70 peratus sahaja kerana kekangan waktu yang terlalu singkat untuk berlatih bersama-sama pemuzik di atas tuntutan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan.

“Hari pertama, pada hari Khamis, saya hanya dapat menyanyikan tiga buah lagu sahaja, manakala sehari sebelum saya hanya menyanyikan seperti biasa sahaja untuk setiap lagu yang dipersembahkan.

“Dari segi vokal juga ada sedikit kekurangan namun saya sudah berikan sepenuh hati, jiwa dan raga, jadi saya berpuas hati syukur alhamdulillah,” katanya.

Konsert yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam berdurasi selama dua jam itu turut membawa peminat berhibur dengan lagu-lagu popular beliau termasuk Elegi Sepi, Rawan, Seandainya, Lakar Janji dan diakhiri dengan lagu terbaharunya berjudul, Kau Kasihku.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement