Semasa & Hiburan
Ayda Jebat Umum Tiada Cindai 2
Cindai mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder.
Pada 15 Januari lalu, berakhir sudah drama rantaian popular di TV3, Cindai lakonan Ayda Jebat.
Menariknya, ending drama 15 episod itu yang seakan-akan tergantung, berbeza dari drama lain menyebabkan peminat setia Cindai tertanya-tanya adakah ada kesinambungan Cindai 2?
Pelakon utamanya, Ayda tampil menjelaskan bahawa tiada Cindai 2 selepas ini.
Perkara itu didedahkan menerusi laman Instagramnya pada Khamis lalu, 16 Januari.
Drama Cindai merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder (watak Ayda).
Selain Ayda, Cindai turut dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, dan Ku Zara Eryna.