Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Ashraf Sinclair, Suami BCL Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailahirajiun..

Published

on

Berita sedih menyelubungi penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL.

Suaminya pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia selepas pengurus isterinya Doddy mengesahkan perkara tersebut.

“Iya (benar meninggal),”

Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari dalam prosesi pemakaman BJ Habibie di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan, Kamis (12/9/2019).

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan ramai selain laman Instagram arwah turut dibanjiri ucapan takziah.

Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Melebarkan sayapnya ke Indonesia, Ashraf seterusnya popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair

 

Sumber daripada: kompas.com 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement