Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Apalah Dosa Si Kecil! Ibu Bapa Direman Bunuh Anak Sendiri

Published

on


Pilu dan menyayat hati. Sepatutnya tidak mungkin ada ibu bapa yang tergamak mencederakan anak yang dilahirkan mereka, apalagi sampai mendatangkan kematian kepadanya. Namun, dunia sudah terbalik agaknya. Semua benda boleh terjadi.

Ceritanya bermula apabila seorang lelaki membuat laporan polis tentang kematian anaknya di Balai Polis Padang Serai. Katanya, anaknya itu didapati tidak sedarkan diri kerana jatuh dari katil ketika isterinya ingin menukar lampin.

Tapi bila sampai di hospital tiba-tiba lain pula ceritanya. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian anak lelaki berumur tiga tahun itu bukanlah disebabkan jatuh katil seperti yang dilaporkan.

BACA: Kisah Benar, Anak Berisiko Jadi Pembunuh Jika Selalu Tonton Cerita Ganas

Mangsa mengalami kecederaan di belakang, dan tepi kepala. Bukan itu sahaja, terdapat lebam di belakang telinga, belakang badan, mulut, bibir dan dahi. Hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai terkena hentakan objek tumpul.

Sumber: Astro Awani

Ini yang dinamakan setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Bila hasil bedah siasat tak sama dengan laporan yang dibuat. Semuanya kelihatan mencurigakan. Apalagi, polis pun cari balik ibu dan bapa budak ini.

BACA: Pendam Perasaan Punca Wanita Mental

Tangkapan dilakukan ke atas bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan yang berusia 34 dan 35 tahun. Suspek direman sehingga 9 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Sedih sebenarnya bila baca cerita macam ini. Sama-samalah kita tunggu pengakhirannya. Semoga keadilan akan terbukti nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Astro Awani

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement