Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Apa Itu 8D Audio?

Published

on


Kita dah pernah dengar tentang kewujudan 2D, 3D dan juga 4D yang kini senang untuk kita alami pengalaman tersebut di panggung wayang atau beli dengan technology BluRay disc serta kualiti video yang bermutu tinggi. Tapi tahukah korang, selain daripada 2, 3 dan 4D, zaman sekarang kita juga boleh layan 8D Audio.

Bunyi ataupun cara tulisan dia nampak kelakar pada mulanya tetapi 8D Audio ini merupakan sejenis audio dengan kesan khas dimana track stereo telah diubahkan dengan bunyi reverb khas dan adunan muzik yang membuatkan muzik yang dimainkan tersebut berlegar-legar didalam kepala si pendengar.

Dan kesan khas 8D Audio ini hanya mampu dirasakan dengan sepuasnya jika pendengar mendengar 8D Audio ini mengunakan headphones, dan ianya merupakan gimik atau rahsia disebalik 8D Audio ini adalah seolah-olah menciptakan ilusi dimana pendengar berada di ruang luas 360 darjah.

Reverb khas yang digunakan didalam track stereo 8D Audio ini akan membuatkan aliran muzik yang didengar bergerak dari kiri ke kanan dan seakan pendengar berada di kawasan yang besar. Untuk mendengarkan kesan khas 8D Audio dengan jelas, pendengar harus mendengar lagu-lagu 8D Audio mengunakan headphones, dan lebih bagus dan jelas jika headphones yang digunakan menutupi keseluruhan kawasan telingga.

Tujuan 8D Audio ini hanyalah untuk memberikan perasaan atau rasa sensasi seakan setiap apa yang didengarkan bermain di ruang telinga pendengar. Ainya sama dengan perasaan kepuasan apabila kita mendengar atau penonton video-video ASMR. Menurut sumber daripada MEL Magazine, tiada yang unik tentang 8D Audio ini kerana ianya bukanlah rakaman baru namun ianya hanyalah adunan ataupun mixes kepada lagu yang sudah sedia ada. Ada juga sesetengah pencipta muzik 8D Audio pada zaman sekarang yang hanya mengunakan software khas yang boleh memanipulasikan pelbagai komponen kepada stereo lagu, dan meletakkan serta memindahkan aliran muzik dalam ruang 360 darjah maya.

Apabila tercetusnya idea untuk mencipta lagu-lagu yang telah diadunkan dalam bentuk 8D Audio. Kini terdapat banyak lagu-lagu popular yang di mix mengunakan teknik 8D Audio. Namun jangan mudah tertipu kerana ada juga pencipta yang mengambil kesempatan dengan mengunakan 8D Audio sebagai “clickbait” untuk melariskan tontonan video di Youtube sedangkan lagu yang dimainkan hanyalah muzik yang dialihkan dari kiri ke kanan, itu saja.

Image via: Youtube.com

Konsep 8D Audio kini di Youtube telah bertumbuh seperti cendawan, banyak video-video 8D Audio yang menarik yang korang boleh layan di Youtube. Ada yang sedap dan ada yang hanya bunyi biasa-biasa saja. Namun ada juga pencipta muzik yang mendakwa mereka telah membuat video track dengan bunyi kesan khas sehingga 10D Audio dan 16D Audio, nasihat kami jangan mudah tertipu kerana ianya hanyalah 8D Audio yang diadunkan dengan beberapa layer kesan audio panning biasa.

Kalau korang belum lagi layan lagu-lagu sejenis 8D Audio, kami sarankan korang boleh usha kat Youtube. Video yang dibawah ni kami rekomen khas sebabkan ini antara video terawal dengan kesan khas 8D Audio.

Lagi satu kami nak rekomen, kalau korang tengah mencari headphones yang padu untuk layan dan dengar lagu-lagu kegemaran korang. Korang boleh usha headphones EDIFIER W820BT High-Performance Wireless Headphones (Black) yang dijual di SuperDeals.com.my ni. Korang boleh dapat potongkan harga sampai boleh jimat 53%. RM189 je daripada harga asal (RM399) murah tu gais!

KATALAKI: Sekali sekala layan juga dengan lagu-lagu 8D Audio ni kan?

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement