Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Anthrax Bakal Ke Malaysia Tahun Hadapan!

Berita baik!

Published

on

Berita baik buat peminat heavy metal yang tersohor didunia iaitu Anthrax bakal menggegarkan peminat dalam kembara ke seluruh dunia tahun depan.

Anthrax dijadual tiba di Malaysia untuk bertemu peminat buat pertama kali pada 4 April 2020 sempena ulang tahun ke-30 album “Among the Living”.

“Among the Living” merupakan album studio ketiga band ini yang diterbitkan pada 22 Mac 1987.

Dianggotai vokalis Joey Belladonna, pemain bass Frank Bello, pemain dram Charlie Benante, gitaris utama Jonathan Donais dan gitaris irama Scott Ian, Anthrax menjadi antara ikon ‘Big Four’ band thrash metal di samping Metallica, Megadeth dan Slayer.

Band kelahiran New York ini ditubuhkan pada tahun 1981 oleh gitaris irama Scott Ian dan pemain bass Dan Lilker.

Ia dianggap antara peneraju thrash metal era 80-an dan dikagumi sebagai band thrash metal terawal muncul dari Pantai Timur Amerika.

Band ini turut tercalon untuk beberapa Anugerah Grammy dari tahun 1991 hingga 2015 bagi kategori Persembahan Metal Terbaik.

Sehingga April 2017, Anthrax telah menerbitkan 11 album studio dengan penjualan di peringkat antarabangsa sebanyak 10 juta dollar Amerika.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement