Connect with us

Berita

Angka Maut Hagibis Meningkat 58 Orang

Diharapkan kejadian taufan di Jepun kembali pulih segera.

Published

on

Serangan taufan ganas dikenali sebagai Hagibis telah mengakibatkan angka korban kini meningkat kepada 58 orang.

Hagibis yang membadai sejak Sabtu lalu di tengah dan timur Jepun mencatatkan 15 mangsa masih hilang dan 211 lagi cedera.

Penyelamat terpaksa mengharung banjir lumpur dan sampah sarap bagi meningkatkan pencarian mangsa yang masih hilang ketika 138,000 isi rumah tanpa bekalan air manakala 76,000 lagi bergelap.

Angin kencang akibat Hagibis mencecah 216 kilometer sejam, namun hujan lebat menjadi punca kemusnahan besar.

Tugas menyelamat yang berterusan malam semalam juga berisiko dan dihalang akibat hujan di tengah dan timur Jepun.

Bagaimanapun, puluhan ribu anggota polis, bomba dan tentera terus melakukan pencarian mangsa yang terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh, dengan harapan menjumpai mangsa hilang ditemui hidup-hidup semakin tipis.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement