Connect with us

Berita

Angka Korban Gempa Di Pakistan Meningkat

22 orang dilaporkan maut dengan lebih 300 mangsa lagi cedera.

Published

on

Jumlah mangsa gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan meningkat kepada 22 orang dengan lebih 300 mangsa lagi cedera hari ini.

Difahamkan, beberapa kenderaan terperangkap dalam rekahan besar pada jalan serta sebuah trak dan bas tersadai.

“Sekurang-kurangnya 22 maut dan lebih 300 mangsa cedera,” kata Timbalan Inspektor Jeneral Polis di Mirpur, Sardar Gulfaraz.

“Infrastruktur di kawasan ini sudah musnah,” kata Perdana Menteri wilayah Kashmir Pakistan, Raja Farooq Haider Khan.

Menurut seorang penduduk Mirpur yang tinggal berhampiran hospital, Naeem Chughtai berkata, banyak jalan, menara telekomunikasi dan pencawang elektrik rosak teruk akibat gempa berkenaan.

Gegaran gempa itu juga dapat dirasakan sejauh New Delhi dengan penduduk dilaporkan panik berlari keluar rumah dan pejabat termasuk di Rajastan, Punjab dan Haryana.

Pada Oktober 2015, gempa bumi sekuat 7.5 madnitud di Pakistan dan Afghanistan menyebabkan hampir 400 orang terbunuh.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement