Home > #CeriteraKool > Anda rasa anda ingat lagi tak bagaimana nak mengundi?

Anda rasa anda ingat lagi tak bagaimana nak mengundi?

Masa yang dinanti-nati telah tiba! Selepas hampir 5 tahun, sudah tiba masanya untuk kita mengundi!

Anda yang pernah mengundi dalam pilihan raya sebelumnya ingat lagi ke cara-cara nak mengundi? Almaklumlah dah hampir 5 tahun berlalu jadi mungkin ia dah jadi seperti pasir yang hilang dibadai ombak .Ataupun mungkin ada antara anda yang pertama kali nak mengundi tak tahu macam mana nak mengundi. Apa kata baca sikit apa yang perlu anda ketahui sebelum pergi mengundi.

 

Siapa yang layak mengundi?

Ha anda rasa anda layak ke tidak? Jika anda rakyat Malaysia mestilah layak , kan kita negara demokrasi. Rakyat ada hak untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah dan mentadbir negara. Dengan syarat anda mestilah berumur 21 tahun dan ke atas dan berdaftar sebagai pengundi dan nama anda terdapat dalam daftar pemilih melalui Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Adik-adik bawah umur kalau teringin nak mengundi boleh cuba-cuba undi peserta pilihan dalam program realiti dulu ok?

 

Macam mana nak daftar sebagai pengundi?

Kalau anda rasa anda layak mengundi seperti yang dinyatakan di atas, anda seharusnya sudahpun mendaftar sebagai pengundi kan. Tapi kita payunglah sikit cara-caranya kalau ada yang dah lupa atau nak buat persediaan untuk musim mengundi 5 tahun akan datang. Ada banyak cara, salah satunya, pergi ke mana-mana pejabat pos , tunjuk kad pengenalan dan minta borang A dan hantar. Nak buat semakan daftar pemilih pulak, anda hanya perlu kunjungi laman web SPR dan masukkan nombor kad pengenalan.

 

Mengundi kat mana?

Yang ini penting supaya anda tak tersilap tempat mengundi, semak awal-awal di laman web SPR dengan klik bahagian “Semakan Daftar Pemilih” . Maklumat lokasi mengundi anda akan tertera setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan. Kalau ada yang kena balik kampung tu, cepat-cepatla beli tiket bas balik kampung ramai-ramai, mesti meriah.

 

Hari mengundi nak buat apa?

Berdebar? Relax, sambil makan kacang pon boleh pergi mengundi, tapi anda kena ingat beberapa perkara ni untuk pergi mengundi. Jangan lupa bawa kad pengenalan, datang awal (waktu mengundi bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 5 petang). Kalau datang lambat tu jangan merungut pulak kalau kena beratur panjang, ingat kesusahan hari ini untuk kesenangan masa depan,  ha gituuu! Jadi.. selamat mengundi !

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply