Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Anda Kini Boleh Ketahui Lokasi Rapid Bus Menerusi Aplikasi Google Maps!

Fuh maju macam Jepun la..

Published

on

Pernah tak anda menunggu bas tapi tak sampai? Lepastu, tak tahu keberadaan bas tu sama ada dah sampai ataupun belum bergerak dari lokasi yang sepatutnya?

Jangan risau! Ini kerana, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) telah melancarkan perkongsian data melalui aplikasi Google Maps yang membolehkan penumpang menyemak lokasi semasa sebenar sekaligus membantu penumpang untuk menjadi lebih efisien.

Google Maps Now Shows Real-Time Movements of Rapid KL, Go KL, and ...

Perkhidmatan itu termasuk bagi bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT), Go KL dan beberapa laluan bas Smart Selangor terpilih.

Untuk pengetahuan anda, Rapid Bus juga sedang membangunkan aplikasi khusus bagi tujuan itu yang dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Selain perjalanan bas, aplikasi itu turut menyediakan pilihan perjalanan lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, memberikan maklumat hentian bas dan jangkaan masa perjalanan.

Bagi menggunakan kemudahan ini, pengguna perkhidmatan bas Rapid KL boleh memuat turun aplikasi Google Maps daripada Google Play atau Apple App Store.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement