Connect with us

Hiburan

Anak Sulung Eizlan Yusof Nasihat Cepat Cari Jodoh

Eizlan sedia membina hidup baharu

Published

on

Pelakon Eizlan Yusof mengakui, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari pengganti, walaupun sudah 4 tahun bersendirian.

Eizlan berkata, hatinya sudah terbuka dan bersedia untuk membina kehidupan baharu.

“Apabila sampai masa, pasti saya akan kembali berumahtangga. Cuma mungkin ketika ini, jodoh saya masih belum sampai.”

“Saya tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali mencari bahagia. Saya juga ada mengenali seseorang, tetapi itu lumrah. Buat masa ini saya berikan fokus pada kerja penggambaran.”

Eizlan juga berkata, dia terharu dengan anak sulungnya, Vie Zaara, 11 tahun, yang begitu matang dan mahu melihat dirinya bertemu pasangan hidup baharu.

Berkongsi lagi, Zaara dikatakan sering menasihatinya supaya segera mencari jodoh.

“Mungkin Zaara dapat merasakan ada masanya, sukar menguruskan semua perkara sendirian.
“Dia mahu menjaga saya. Sebagai ayah, sudah tentu hati saya terharu kerana dia sangat mengambil berat.”

Eizlan pernah mendirikan rumahtangga dengan Vie Shanti Harun pada Julai 2007 dan dikurniakan 3 orang anak, Vie Zaara, Zareef Yusof, 9 tahun dan Vie Zalia, 6 tahun.

Menurut Eizlan, dia lebih suka melayan anak-anaknya seperti teman baik.

Dia percaya, cara itu memudahkan dia memahami isi hati anak dengan lebih mendalam.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement