Semasa & Hiburan
Anak Sofea Jane Kahwin, Daphne Iking Menangis!
Pasti ramai merindui kemunculan Sofea Jane kan?
Pelakon terkenal tahun 90an Datin Sofea Jane menyambut menantu apabila anaknya, Arissa, 23 tahun, melangsungkan perkahwinannya pada 28 September 2019.

Instagram Daphne Iking

Instagram Arissa

Instagram Daphne Iking
Pengacara dan pelakon Daphne Iking yang mengacarakan majlis perkahwinan Arissa dengan jejaka dari Jerman bernama Max itu berkongsi pengalamannya sepanjang majlis berlangsung dan mengakui banyak mengalirkan air mata.

Instagram Daphne Iking
Menurut Daphne, dia menangis ketika Arissa menari bersama bapanya, Meor Zain Azman, kerana ia mengingatkan dirinya terhadap memori arwah bapanya sendiri.
Daphne turut menangis lagi ketika anak-anak gadis Sofea yang lain iaitu Yana, Khadija dan Soraya turut serta ke pentas pelamin menyertai Arissa, Sofea dan bapa mereka berpelukan sambil menari bersama, dan menyifatkan ia satu momen yang sangat istimewa dan penuh emosi.
Daphne berkongsi beberapa keping gambar dan video ketika dia mengacarakan majlis itu, di Instagramnya.