Semasa & Hiburan
Ajak Rakyat Bersama Pelihara Alam Sekitar, Maya Karin Dilantik Menjadi Duta River Of Life
Baru-baru ini Maya Karin tular di laman Twitter berikutan keprihatinannya terhadap isu pembungan sampah di kawasan pergunungan ketika Maya sedang menjalankan aktiviti pendakian..
Baru-baru ini Maya Karin tular di laman Twitter berikutan keprihatinannya terhadap isu pembungan sampah di kawasan pergunungan ketika Maya sedang menjalankan aktiviti pendakian.
Tindakan Maya memberi nasihat kepada orang awam mendapat pujian ramai di platform berkenaan.
Atas permintaan mountain guides gunung Kinabalu, saya post dengan pesanan dari mereka, tolong lah jangan buang sampah merata2 di gunung suci ini. Penat mereka kutip. Permohonan ikhlas daripada mereka.
Jangan lah jadi selfish wahai orang Malaysia. Kita lah yang paling tak care. pic.twitter.com/RK5S4h0sPQ— Maya Karin (@maya_karin) December 3, 2018
Semalam, Maya Karin telah dilantik menjadi duta ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula bulan ini.
Menurut Maya, pelantikannya itu bukan sesuatu perkara yang perlu dibanggakan, sebaliknya pelakon yang popular menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menerima tanggungjawab berkenaan untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai.
Kita perlu menghargai sungai-sungai kita. Sungai bukan tong sampah, sungai adalah sungai dan tong sampah adalah tong sampah.
Maya malah melahirkan rasa terharu apabila kerja-kerja amal dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar diiktiraf oleh banyak pihak terutamanya pihak kementerian.
Projek ROL ini sudah siap hampir 80 peratus, tetapi kesedaran awam masih terlalu kurang. Kerajaan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk menjaga kebersihan sungai dengan perbelanjaan RM6 juta setahun. Dan kalau kesedaran awam masih tidak meningkat, usaha-usaha ini akan menjadi kerja yang sia-sia.
Sementara itu, menerusi satu portal online, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pemantauan dan Projek Khas) Bahagian Pengurusan Pembangunan kementerian, Rosidawati Abdul Rashid berkata, Maya Karin merupakan pilihan yang tepat untuk memikul tanggungjawab tersebut.