Connect with us

Hiburan

Aeril Zafrel Teruja Bakal Timang Anak Ketiga, Rindu Bau Bayi

Semoga semuanya dipermudahkan…

Published

on

Kajian mendapati bau bayi yang baru lahir boleh buat kita jadi ketagih, sama seperti dadah.

Jika kita tanya semua ibu bapa juga, bau bayi merupakan bau paling wangi sekali yang kita pernah bau.

Itulah saat ditunggu-tunggu aktor, Aeril Zafrel yang teruja menantikan kelahiran anak ketiga bersama pelakon, Wawa Zainal.

“Hayla sudah besar, sudah masuk empat tahun. Seronok bila akan ada bayi di rumah kami nanti. Perasaan teruja kali ini sama seperti mahu menyambut kelahiran anak sulung.

“Saya tahu bila ada anak kecil kita akan keletihan tetapi saya rindukan detik itu.

“Saya rindu bau bayi mahu memeluk dan menciumnya. Kali ini kami buat persiapan awal, tinggal lagi tunggu hari Wawa bersalin,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Rudy Imran Shamsudin.

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu juga mengurangkan aktiviti penggambaran bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap isteri yang sedang sarat.

“Saya bimbang andai sibuk di lokasi penggambaran atau berada di gimnasium, Wawa bersalin. Kalau boleh biarlah Saya ada di sisi Wawa saat melahirkan anak kami nanti,” ujarnya lagi.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber: Harian Metro

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement