Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Adibah Noor Respect Kepimpinan Datuk Dr. Noor Hisyam

Terbaikkk!

Published

on

Kehebatan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah dalam menangani dan memerangi kes wabak Covid-19 memang tidak dapat disangkal lagi.

Buktinya, beliau dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis wabak itu.

Penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor turut kagum dengan sikap rendah diri dimiliki Noor Hisyam.

Biarpun dilontarkan kata-kata pujian, beliau sebaliknya mengalihkan pujian tersebut buat ahli pasukannya yang bekerja keras memerangi Covid-19. 

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Twitter Adibah pada 16 April lalu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu juga berharap akan ada tepukan gemuruh serta standing ovation setiap kali berakhirnya sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai tanda penghargaan.

Kudos kepada Datuk Dr. Noor Hisyam dan pasukan!

Semoga wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini dapat ditangani segera.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement