Connect with us

Semasa & Hiburan

Adele Turun 45KG Berat Badan, Ini Rahsianya!

Menakjubkan!

Published

on

Kalau bercerita tentang penyanyi Adele ni, mesti ramai teringat akan suaranya yang merdu dan lunak berbeza dengan penyanyi-penyanyi yang lain kan? Tapi bukan tentang lagu atau persembahan yang mahu ditekankan dalam artikel ini.

Malah, berkenaan dengan transformasi luar biasa yang telah dipaparkan oleh Adele kepada umum sejak penceraiannya bersama dengan bekas suami pada 20 April 2019.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Someone Like You itu telah mengejutkan ramai peminat selepas kehilangan 45kg ketika dia menghadiri sambutan ulang tahun penyanyi rap Drake bersama rakan-rakannya.

Photo by: Shutterstock

Berkongsi satu foto di laman Instagram miliknya, Adele pernah menulis “Saya pernah menangis tapi sekarang saya berpeluh”

View this post on Instagram

I used to cry but now I sweat 😂 #gingermckenna Happy birthday to one of the kindest and funniest people I’ve met @champagnepapi 🌹

A post shared by Adele (@adele) on

Beberapa bulan selepas itu, Adele kembali memukau pengikutnya dengan gambar-gambar dirinya berada di sebuah pantai di Caribbean bersama penyanyi Harry Styles pada Januari 2020.

Bagaimanapun, Adele sempat menceritakan tentang cara-caranya menurunkan berat badan sehingga 45kg.

  1. Berikutan perpisahan dengan suaminya Simon Konecki, bintang tersebut telah mengupah jurulatih peribadi untuk bekerja dengannya tiga kali seminggu.
  2. Rutin kecergasannya termasuklah sesi latihan kardio.
  3. Adele turut lebih tertumpu kepada penjagaan emosi yang stabil dan kehidupan yang melebihkan penjagaan kesihatan.
  4. Adele difahamkan sedang bekerja dengan pelatih Dalton Wong, yang juga melatih rakannya Jennifer Lawrence.
  5. Camilla Goodis, seorang jurulatih pilates juga mendedahkan Adele telah mula mengubah gaya hidupnya sejak tahun 2013.
  6. Adele turut dilaporkan mengamalkan diet yang dipanggil sirtfood.
  7. Diet berkenaan dicipta oleh pakar pemakanan iaitu Aidan Goggins dan Glen Matten yang menekankan cleanse diet dalam rutinnya.
  8. Diet tersebut juga termasuklah makanan yang berkalori rendah, perbanyakkan protein, dan buah serta jus hijau.
  9. Peserta juga dibenarkan untuk memakan dark chocolate.

 

Sumber daripada: news.com.au

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement