Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Ada teknik tersendiri untuk cuci muka dan memakai skin care

Published

on


SUDAH habis ratusan ringgit membeli produk kecantikan terutamanya produk skin care. Dari produk drugstore hinggalah yang high-end tapi semua tak kena dengan kulit. Pakai sikit atau banyak tak jadi apa pun. Kulit wajah masih kusam, tiada langsung tanda glowing seperti dihebohkan dalam iklan. 

Kadang timbul rasa tak puas hati, apa yang tak kena dengan kulit muka kita ini. Manja sangat ke kulit kita ni? 

via GIPHY

Sebenarnya bukan pemilihan produk sahaja yang penting tau malah teknik urutan cucian wajah pun mainkan peranan. Kesalahan biasa yang kita selalu lakukan ketika mencuci wajah ialah tidak mengeluarkan kotoran dan sisa solekan yang tertinggal dengan sempurna dan menyebabkan timbulnya iritasi dan pori tersumbat.

via GIPHY

Apa yang perlu korang tahu ialah teknik urutan untuk mencuci wajah dan memakai produk skin care adalah berbeza. Nak tahu macam mana, nah sis kongsi dengan korang! 

Baca juga: Rugi sangat kalau korang tak pakai moisturizer! Ini alasanya…

Teknik cuci wajah yang tepat

Teknik urutan membersih wajah ialah secara bulatan dan sila amik kira dibahagian celah hidung dagu dan juga bibir. Tidak perlu beri tekanan kuat pada kulit cukup secara lembut dan serata ke seluruh wajah.

Teknik ini juga sesuai untuk deep cleansing menggunakan skrub atau cleansing oil

via GIPHY

Bilas wajah dengan air dengan jari gosok lembut pada kawasan yang mudah terkumpul kotoran seperti di bulu kening, celah sisi hidung dan garis rambut. Kalau dah rasa bersih, lap wajah dengan kain bersih. 

Teknik memakai skin care

Ia memerlukan sapuan yang tepat bagi kulit supaya dapat menyerap sekaligus dan memanfaatkan kebaikan formula produk. 

via GIPHY

Sapuan krim, serum atau krim pelindung matahari ialah dengan menyapu secara menaik dan dari dalam ke luar wajah. Setelah itu diikuti dengan menepuk lembut menggunakan jari. Teknik ini dipercayai dapat mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis halus. 

Selepas baca artikel ini, cuba korang luangkan masa dan ubah cara teknik mencuci wajah dan teknik memakai skin care. Sis pasti korang boleh rasa kelainan yang berlaku pada kulit.

Selamat mencuba!

 

Penulis: Izzah Ab Aziz

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Tips nak nampak kaki panjang? Ini untuk korang!

Apa kata cuba aktiviti ini untuk mengurangkan stress.

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement