Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Ada Manfaat Ke Main Alat Muzik?

Published

on


Bila kita sebut sahaja pasal alat muzik, mesti alat muzik pertama yang korang semua pernah main adalah Recorder kan? Sebab waktu sekolah dulu ada subjek muzik dan alat muzik yang digunakan adalah recorder. Tapi tu dulu-dulu punya zaman sekolah lah. Zaman sekarang kalau nak belajar muzik kena masuk kelas muzik yang bayar bulan-bulan tu. Dalam banyak-banyak alat muzik pula, yang paling kerap menjadi rebutan untuk dipelajari adalah gitar. Mungkin ada juga antara kita yang minat pada muzik tapi parents tak bagi main. Katanya buang masa dan tidak mendatangkan faedah. Takut kita jadi macam Kassim Selamat kot yang mak mertua dia tak suka dia menjadi ahli muzik.

Sebenarnya bermain alatan muzik ni ada manfaatnya yang tersendiri terhadap diri kita. Jadi agak salah kalau nak cakap main alat muzik ni hanya membuang masa dan tidak bermanfaat. So jom kita kupas sikit apa manfaatnya dan korang boleh share dekat parents korang untuk diorang belanja korang kelas muzik.

BAGUS UNTUK TUBUH BADAN

Dah macam makan vitamin pula boleh jadi bagus terhadap tubuh badan. Terdapat kajian yang menyeluruh menunjukkan hasil positif jangka panjang kepada kanak-kanak yang bermain alat muzik. Kanak-kanak yang belajar bermain alat muzik dapat memperkuatkan kemahiran berfikir secara abstrak berbanding kanak-kanak yang hanya bermain video game. Maksudnya pengetahuan bermain alat muzik dapat merangsang otak kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif. Walaupun belajar matematik dan sains tu bagus untuk otak, belajar muzik pun ada manfaatnya yang tersendiri.

Bagi yang dewasa, bermain alat muzik dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti, mengembangkan kreativiti dan membina kenyakinan. Mungkin kesannya tak sama dekat semua orang, tapi tak salah kalau nak cuba. So sekarang korang dah ada reason untuk beli gitar yang dah lama korang nak beli tu.

ALUNAN MUZIK DAN OTAK

Mungkin ada di antara korang yang percaya dengan bermain alat muzik kita akan menjadi lebih pandai sebab otak kita mampu bermain alat muzik yang rumit tu. Tapi betul ke? Ada banyak kajian dilakukan untuk menentukan samada muzik tu mengubah cara otak kita bekerja atau sekadar mengubah mood kita dan menjadikan kita senang berfikir.

Para saintis yang membuat kajian ini telah menemui bahawa bermain alat muzik atau mendengar muzik boleh membuatkan kita jadi lebih pandai. Hal ini kerana aktiviti tersebut dapat melepaskan lebih banyak elemen yang bertanggungjawab menguatkan keupayaan otak seperti BDNF, CREB dan Synapsin I. Oleh itu, dengan bermain alat muzik, kita sebenarnya sedang membina otak kita serta pertumbuhan saraf dan menjadikan kita lebih pandai, kuat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan baik.

Tambahan lagi, kalau kita belajar atau bermain alat muzik, kemahiran matematik, memori dan pemahaman kita juga akan meningkat. Mungkin ada betul juga bila tengok pemuzik-pemuzik yang mampu menghafal banyak nota muzik dalam sesuatu konsert. Bukan senang sebenarnya nak main 15 lagu dalam satu konsert. Hasil daripada penemuan ini menunjukkan pembelajaran di sekolah akan jadi lebih mudah bila kita belajar main alat muzik.

MEMBANTU KITA BERSOSIAL

Muzik juga membantu dalam kita bersosial, termasuk lah dalam persekitaran kerja, dengan kawan-kawan dan hubungan dengan awek korang. Sebenarnya cara badan dan otak kita mempelajari muzik adalah sama dengan cara kita mempelajari atau meningkatkan kemahiran lisan dan komunikasi. Selain itu, latihan muzik akan menguatkan otot yang sama digunakan semasa kita menumpukan perhatian atau mendengar. Kemahiran-kemahiran ini adalah kemahiran penting yang digunakan semasa kita bersosial.

EMOSI SEMASA BERMAIN MUZIK

Yang ni rasanya ramai yang dah tahu. Muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang. Kalau kita pasang lagu yang tepat pada masanya, contoh baru lepas break dengan awek, confirm menitik air mata jantan! Muzik mempunyai kesan yang kuat terhadap emosi kita, dan perkara ni tak perlu tunggu para saintis untuk bagitahu. Muzik dikatakan mempunyai manfaat kepada psikologi seseorang. Kalau kita bermain muzik secara berkala, secara tak langsung kita sedang mengajar diri kita untuk menjadi tekun, berdisiplin dan bertanggungjawab. Selain itu, kita akan berasa puas kalau dapat menguasai ilmu muzik dan dapat bermain alat muzik dengan baik. Lagi puas hati kalau Berjaya main chords yang susah. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada emosi kita dan membuatkan kita lebih positif terhadap diri kita.

Tapi, apa yang tidak boleh dinafikan, tidak kira bermain atau mendengar muzik, pasti akan hadir satu perasaan yang damai yang mampu membuatkan kita tenang walaupun seketika. So kalau korang memang dah lama pasang niat nak belajar main alat muzik, ini lah masa yang sesuai sebab korang akan ada banyak masa dekat rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Stay at home kalau tiada urusan penting di luar.

KATALAKI: Tak salah nak main alat muzik tapi yang salah tu kalau main tak tentu masa…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement