Connect with us

Hiburan

AC Mizal Gementar

Jangan lupa saksikan ABPBH-32 pada Ahad ini!

Published

on

Pengacara berbakat besar, Datuk AC Mizal mengakui berasa berdebar apabila bakal mengendalikan Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) pada 22 September ini.

ABPBH 32 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan buat julung kalinya AC digandingkan bersama Elly Mazlein.

“Apabila dimaklumkan akan bergandingan dengan pengacara lain, sudah pasti saya memikirkan cabaran yang bakal dilalui. Maklumlah ini sesuatu yang jarang saya lakukan.

“Begitupun, saya tahu kemampuan Elly sebagai pengacara kerana pernah menonton beberapa program kendaliannya,” katanya.

Bagaimanapun, AC tidak sukar untuk mencari keserasian selepas beberapa kali bertemu produksi dan Elly.

“Saya ada cakap dengan Elly, bukan susah nak serasi. Kita kena rasa seronok di atas pentas, insya-Allah cepat serasi.

“Apabila mengendalikan majlis besar seperti ABPBH 32, kita akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan antaranya masalah teknikal, masa yang terhad dan apa yang dipersembahkan itu tidak menjadi.

“Jika terlalu memikirkan semua itu, pengacara akan rasa terikat dan tidak selesa. Jadi, sebaiknya kita berseronok sahaja di atas pentas,” ujar AC lagi.

Sementara itu, AC berkata sudah pasti akan ada penyampaian secara spontan terutama membabitkan lawak jenaka.

“Sebagai pengacara majlis, saya sebaik mungkin cuba mengelakkan lawak yang menyentuh sensitiviti orang lain dan dianggap keterlaluan.

“Pada waktu sama, saya tahu Elly sendiri ada gaya penyampaian tersendiri. Bagaimanapun perbezaan itu akan selari dengan keserasian yang kami bina nanti,” katanya.

Jangan lupa saksikan ABPBH-32 pada Ahad ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement