Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Abby Abadi Bersalin, Bayi Pramatang

Bayi ditempatkan di NICU

Published

on

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, memaklumkan, isterinya yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat.

Menerusi akaun Instagramnya, bayi lelaki yang dilahirkan ketika usia kandungan enam bulan itu kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

Abby dikejarkan ke dewan bedah Hospital Sungai Buloh pagi Jumaat selepas ditahan beberapa hari.

View this post on Instagram

Sayang @abby_abadi112 rehat ya… . Nnt pagi kita jumpa….saya ada kat dlm kete je ni… . ❤️❤️❤️❤️❤️ sayang dunia akhirat… . Moga Allah kembalikan kesihatan sayang…muahhhhhhhhh

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Menurut suami Abby kepada Harian Metro,

“Abby dimasukkan ke wad sejak empat hari lalu untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah. Hari ini (Jumaat), tekanan darahnya naik sehingga bacaannya mencecah 190 dan berlaku pendarahan.

“Jadi, pagi ini dia dibawa ke dewan bedah untuk selamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi.”

Ini adalah kehamilan kedua buat pasangan itu selepas Abby mengalami keguguran pada 2017.

Sumber: Harian Metro, Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement