Connect with us

Hiburan

A. Rahman Hassan Masuk ICU

Penyanyi popular era 60-an Datuk A. Rahman Hassan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Published

on

Penyanyi popular era 60-an Datuk A. Rahman Hassan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Ia susulan beliau pitam di sebuah stesen minyak di Ampang, Selangor, sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan ambulans.

Sementara itu, anak kepada A. Rahman yang juga pelakon dan pengarah, Khir Rahman menerusi laman Instagramnya memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan bapanya kembali pulih.

“Saya memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk memanjatkan doa buat ayahanda saya, Datuk A. Rahman Hassan, yang kini berada di ICU, Hospital Ampang.

“Semalam, 10 Jun, sekitar jam 10 malam, beliau telah pitam di stesen minyak Petron Ampang sebelum diselamatkan oleh pihak ambulans.

“Beliau kini direhatkan (sedation) untuk rawatan dan pantauan lanjut pihak hospital.

“Buat masa ni pihak keluarga dimaklumkan bahawa ada komplikasi dengan paru-paru (berair) dan degupan jantung yang tidak konsisten (lemah).

“Mohon yang terbaik buat Abah. Dipermudahkan segala urusan dan ikhtiar buat Abah jua. Terima kasih,” tulisnya.

Difahamkan, A. Rahman baru sahaja dibenarkan keluar wad sehari sebelum menyambut Aidilfitri selepas lima hari dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas teruk disebabkan masalah jantung.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement