Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

9 Terkorban, Pesawat Terhempas

Pesawat dipercayai terjunam dari ruang udara secara menegak.

Published

on

Seramai sembilan orang maut apabila pesawat ringan membawa penerjun payung dilaporkan terhempas di barat laut Sweden.

“Sembilan orang yang berada dalam pesawat meninggal dunia,” kata Gabriella Bandling, jurucakap di wilayah Vaesterbotten.

Difahamkan, pesawat jenis GippsAero GA8 Airvan itu terhempas pada jam 2 petang waktu tempatan selepas berlepas dari lapangan terbang Umea.

Rakaman video amatur yang disiarkan dalam laman web akhbar Aftonbladet menunjukkan pesawat terbabit terjunam dari ruang udara secara menegak.

Serpihan pesawat berjaya dijumpai di selatan pulau Umea.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement