Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

7 Rancangan Realiti TV Tak Masuk Akal

Published

on


Rancangan-rancangan televisyen sememangnya dapat memberikan hiburan buat para penonton. Tak kira lah rancangan drama, siaran langsung anugerah atau program realiti TV, kalau ianya memenuhi selera penonton pasti akan menjadi rancangan kegemaran ramai. Satu ketika dahulu Malaysia dikejutkan dengan fenomena rancangan realiti TV yang rata-rata menarik perhatian orang ramai untuk menonton. Dan antara rancangan realiti yang popular atau pernah popular di kaca TV adalah seperti Akademi Fantasia, Mentor, Malaysia Fear Factor, Bintang Mencari Bintang dan banyak lagi.

Ada rancangan realiti TV yang terpaksa dihentikan sebab orang dah tak minat nak tengok, dan ada juga yang masih kekal sampai sekarang. Semuanya bergantung kepada jumlah tontonan. Tapi di negara luar, ada beratus lagi rancangan realiti TV yang dihasilkan dan ada di antaranya dikira sebagai tak masuk akal.

1. NAKED AND AFRAID

Ianya sebuah rancangan realiti TV yang menjadi popular hanya kerana namanya sahaja. Dalam program realiti ini, seorang lelaki dan seorang perempuan akan ditempatkan di satu lokasi yang asing dan sunyi tanpa sebarang bekalan makanan dan juga tanpa seutas benang. Secara dasarnya ianya sebuah cabaran survival dimana peserta diminta untuk survive selama 21 hari tanpa dibekalkan sebarang sumber.

Tapi kenapa sampai perlu dibiarkan peserta tu tanpa pakaian? Mungkin format ‘unik’ yang mereka gunakan boleh menarik minat para penonton menonton rancangan itu. Kalau difikir agak kurang bermoral juga format yang digunakan. Rancangan ini boleh ditonton di Youtube dalam versi yang ditapis.

2. PENGEBUMIAN YANG TERBAIK

Kalau buat rancangan ni dekat Malaysia boleh menimbulkan kontroversi dan tak masuk akal untuk diterbitkan. Tapi mungkin budaya di barat lain pula soal pengebumian ni. Bagi Golden Gate Funeral Home yang berpusat di Dallas, Amerika Syarikat ini, pengebumian bukan lah sesuatu upacara yang suram, tetapi lebih kepada majlis yang meriah.

Rancangan yang berjudul ‘Best Funeral Ever’ ini menampilkan upacara pengebumian yang luar biasa buat si mati dan keluarga si mati. Antara tema pengebumian yang pernah dianjurkan adalah seperti pengebumian bertemakan Hawaii, Country Music, dan juga keranda yang dicelupkan ke dalam coklat.

3. DOOMSDAY PREPPERS

Rancangan ini bertemakan tentang kemusnahan dunia yang bakal berlaku. Ianya sebuah rancangan daripada National Geographic dimana mereka merakamkan kehidupan individu atau keluarga yang sedang menyiapkan diri bagi menghadapi dunia dalam keadaan huru-hara.

Dalam rancangan tersebut ditunjukkan bagaimana seorang lelaki menghabiskan berjuta dolar untuk membina rumah yang paling selamat dari ancaman, dan juga pasangan yang membina rumah hijau dan hutan penuh makanan untuk tujuan survival mereka. Mungkin rancangan ini akan menjadi relevant bila dunia sedang menuju kehancuran nanti.

4. LAHIR SECARA ‘SEMULA JADI’

‘Born in the Wild’ oleh dikatakan antara rancangan realiti paling tidak bertanggungjawab pernah diterbitkan. Rancangan ini mendokumentasikan pasangan yang ingin melalui pengalaman melahirkan bayi secara ‘semula jadi’ di kawasan yang agak luar biasa tanpa bantuan perubatan moden.

Rancangan itu dikecam oleh pakar perubatan kerana proses kelahiran ‘semula jadi’ rancangan tersebut membawa risiko kematian yang tinggi kepada bayi. Mungkin penerbit rancangan tersebut tak terfikir soal risiko kematian dan hanya mahu melakukan rancangan realiti yang di ‘luar kotak.’

5. MENGKLONKAN HAIWAN KESAYANGAN

I Cloned My Pet’ merupakan satu rancangan realiti yang singkat tetapi penuh kegilaan. Dalam rancangan tersebut, peserta yang dipilih dapat mengklonkan haiwan kesayangan yang telah mati. Ada satu episod dimana seorang wanita membuat rundingan dengan pakar untuk mengetahui samada anjingnya yang telah mati itu mahu diklonkan ataupun tidak.

Sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam rancangan tersebut asalkan dapat sediakan duit sebanyak 50,000 hingga 100,000 USD untuk bayar ke sebuah syarikat Korea Selatan yang menjalankan proses pengklonan tersebut. Bukan masuk free rancangan ni.

6. THE SWAN

Sebuah rancangan yang memaparkan transformasi perempuan yang tidak cantik kepada cantik. Rancangan ini mendapat kecaman kerana melakukan prosedur yang melampau terhadap peserta. Selain itu seorang peserta juga melaporkan bahawa dia mengalami masalah kemurungan, agoraphobia, dan perubahan badan yang melampau selepas tamat rancangan tersebut. Setiap kali dia melihat cermin, dia merasakan yang itu bukan dirinya yang sebenar. Memang tak patut betul buat rancangan macam ni. Say no to body shaming!

7. SHATTERED

Ianya sebuah rancangan dari UK yang sangat gila. Peserta diminta untuk tidak tidur selama tujuh hari, dan dalam masa yang sama menjalankan ujian harian serta cabaran yang disediakan penerbit rancangan. Sekiranya ada peserta yang terlelap selama 10 saat, jumlah wang yang bakal dimenangi akan dipotong. Rancangan ini sebenarnya mampu memberi risiko kepada para peserta sebab kurang tidur (lagi teruk kalau tak tidur langsung) akan meningkatkan risiko kerosakan otak dan jantung. Mungkin rancangan ni adalah inspirasi dari kisah eksperimen tahan tidur yang pernah tular satu ketika dahulu.

KATALAKI: Memang bukan senang nak buat rancangan TV yang boleh pikat hati penonton, tapi tak perlu sampai menggunakan format yang pelik-pelik…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement