Gaya Hidup
7 Langkah Pencegahan Gastrik Angin
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Pernahkah anda lewat makan dan rasa perut masuk angin? Pedih ulu hati, rasa nak muntah dan pening kepala? Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik angin.
Apakah itu gastrik angin?
Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, ikutilah 7 langkah pencegahan dan pantang larang gastrik angin berikut yang anda boleh buat:
1) Hindari makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak, terutamanya ketika perut masih kosong.
2) Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil
3) Banyakkan minum susu, tapi jangan minum tenusu ketika perut kosong
4) Jika gastritis terjadi kerana ubat NSAIDs, cuba bincang dengan doktor
5) Jauhi minuman beralkohol
6) Elak stress dengan amalkan kaedah deep breathing
7) Berhenti merokok
Untuk penghidap gastrik kronik sekiranya gastrik masih berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor.