Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

40 Jasad Mumia Ditemui Di Messir

Warga Mesir dikejutkan dengan penemuan 40 jasad mumia berusia 2,000 tahun di sebuah perkuburan di tengah negara itu.

Published

on

Warga Mesir dikejutkan dengan penemuan 40 jasad mumia berusia 2,000 tahun di sebuah perkuburan di tengah negara itu.
Penemuan jasad mumia yang masih baik dan utuh itu disaksikan sekumpulan wartawan yang dibawa menaiki tangga dan melalui ruang bawah tanah berpasir Tunah Al-Gabal iaitu 260 kilometer (km) di selatan Kaherah.
Menurut Ahli Arkeologi Mesir, Rami Rasmi, berkata 12 kanak-kanak dan enam haiwan adalah antara lebih daripada 40 mumia, selain ada lelaki dan wanita dewasa ditemui di situ.
Dalam pada itu, sisa mumia turut dijumpai di lantai keranda tanah liat yang terbuka di ruang runtuh di Gubernur Minya.

Walaupun mumia kebanyakannya dikaitkan dengan Mesir kuno, amalan ini masih diteruskan di bawah kerajaan yang diasaskan oleh Ptolemy.
Ptolemy ketika itu pengganti kepada Alexander the Great.
Penemuan ini semestinya akan menjadikan daerah itu antara pusat tumpuan dunia khususnya pelancong untuk melihat secara dekat keadaan mumia terbabit.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement