Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

4 Mitos Tentang Soya Yang Korang Salah Anggap

Published

on


SELALU sangat kita dengar macam-macam tentang perkara buruk dalam pengambilan susu soya. Tak kira lah diantara lelaki ataupun perempuan. Kesian kacang soya, apa salah dia sampai korang menjadikan dia sebagai salah satu makanan yang korang kena elakkan?

Soya adalah diantara sumber protein dan memberikan zat-zat yang baik untuk badan anda. Banyak makanan yang korang makan berasal dari kacang soya ni. Contohnya tempe, kicap, tauhu dan banyak lagi.

Jadi disini sis nak kongsikan dekat korang empat mitos yang kita selalu dengar tentang susu soya yang buatkan korang anti dengan susu soya tanpa korang tahu ianya sahih atau tak.

Soya Meransang Sel Kanser

Pengambilan soya pada kadar yang biasa dan normal tidak memberi ransangan pada sel kanser pun. Malahan ianya lagi bagus untuk mengurangkan risiko kanser contohnya seperti kanser payudara dan kanser prostat.

via GIPHY

Mengikut kajian di China, seramai 73,000 wanita mengambil sekurang-kurangnya 13 gram protein soya setiap hari mempunyai 11% risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding yang mengambil kurang dari 5 gram protein soya.

Selain itu, kadar kanser payudara di negara Asia juga adalah lebih rendah disebabkan soya ini diantara makanan penting orang Asia.

Soya Buat Lelaki Kurang Subur

Dikatakan bahawa kacang soya akan menyebabkan hormon wanita menguasai badan lelaki apabila lelaki meminumnya. Ini kerana, phytoestrogen yang menyerupai hormon estrogen yang ada dalam tubuh wanita ada di dalam kacang soya.

Namun begitu, phytoestrogen yang ada dalam soya adalah lemah tidak sama kuat seperti dalam tubuh wanita.

via GIPHY

Ada kajian mengatakan bahwa pengambilan soya tidak mengubah paras testosterone lelaki malah ianya membantu mengurangkan risiko kanser prostat apabila semakin berusia.

Phytoestrogen Merencatkan Fungsi Kelenjar Tiroid

Banyak kajian tentang phytoestrogen ini kepada manusia tidak menunjukkan masalah terhadap fungsi kelenjar tiroid. Namun begitu, ada beberapa kajian menunjukkan yang ianya boleh merencat fungsi tiroid bagi mereka yang sedia ada mempunyai masalah tiroid yang lemah. Tapi macam yang sis cakap tadi, phytoestrogen di dalam soya adalah lemah dan tidak kuat.

via GIPHY

Soya Ganggu Tumbesaran Kanak Kanak

Susu soya adalah alternatif yang sesuai untuk menggantikan susu formula kepada kanak-kanak yang berumur setahun keatas yang mempunyai alahan dengan susu lembu, lactose-intolerant dan yang memang tak suka minum susu lembu.

via GIPHY

Tiada bukti yang menyatakan bahawa soya mengganggu pertumbuhan, perkembangan sistem reproduktif dan sistem imun kanak-kanak.

Jadi korang tak perlu risau dengan susu soya ni sebab apa yang korang dengar kebanyakkannya hanyalah mitos sahaja.

Tapi korang kena ingat setiap makanan atau minuman walaupun ianya menyihatkan kena lah sentiasa mengambil dalam kadar yang sederhana dan jangan berlebihan.

Sumber:SafiahInskandar

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement