Gaya Hidup
3 Sebab Kenapa Gigi Tukar Warna
Perubahan warna setempat pula selalunya disebabkan gigi yang nonvital atau sarafnya dah mati.
Selain daripada keinginan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, gigi juga salah satu bahagian yang menjadi keutamaan dalam menjaga penampilan.
Malah, ada juga yang memberi penekanan lebih terhadap penjagaan gigi kerana bagi mereka bahagian gigi penting untuk senyum atau berkomunikasi.
Tapi, kenapa ada sesetengah gigi bertukar warna putih kekuningan kepada kuning kepekatan atau hitam? Lebih teruk lagi, berlubang hitam!
Jadi, kami ingin membuat perkongsian beberapa punca gigi bertukar warna walaupun anda bukan seorang perokok. Perkongsian ini dibuat oleh seorang doktor gigi, Dr. Irma Shida menerusi ciapan twitter.
Menurutnya, corak pemakanan seseorang juga boleh memberi kesan kepada warna gigi.
“Apabila seseorang makan atau minum sehingga meninggalkan warna pada permukaan gigi, secara automatik boleh buat gigi yang pada asalnya putih menjadi kuning atau coklat contohnya kopi atau teh,”
Sumber: lelakisihat
Tambahnya lagi, warna hitam daripada asap rokok atau sirih juga boleh membuatkan gigi boleh berubah warna.
Seterusnya, berpunca daripada intrinsic stain di mana gigi akan berubah warna disebabkan struktur dalam gigi itu sendiri. Untuk masalah ni, dibahagikan kepada dua sama ada punca setempat ataupun punca sistemik.
“Punca sistemik ialah proses penuaan dan boleh jadi juga kalau kita ambil antibiotik seperti tetracycline semasa mengandung dan menyebabkan gigi susu anak dalam kandungan bewarna coklat.
Sumber: cloudinary
Akhir sekali, dia sempat mengingatkan kepada orang ramai supaya membuat rawatan gigi selama enam bulan sekali dan pergi ke mana-mana klinik gigi terdekat untuk dapatkan rawatan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Sedangkan Lidah Lagi Tergigit” – Gelagat 2 Ekor Kucing Berebut Makan Bikin Netizen Dekah
“ Nak Jadi Suri Rumah Berjaya”- Wife Nubhan Berhenti Kerja Sebagai Doktor Gigi
Sumber: twitter