Connect with us
Kool FM

Berita

3 bot dijadikan tukun tiruan di perairan Kuala Besar

Published

on


KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menerusi Jabatan Perikanan menenggelamkan tiga bot warga asing sebagai tukun tiruan bagi tujuan pemuliharaan sumber ikan di perairan negara di Kuala Besar di sini hari ini.

Proses menenggelamkan tiga bot pukat tunda dan jerut di kawasan kira-kira lima batu nautika (9 kilometer) dari persisir pantai Kuala Besar mengambil masa 45 minit.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah kementerian tersebut secara tidak langsung sebagai amaran kepada penceroboh perairan negara.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 13 bot nelayan asing yang dilucutkan hak di bawah Akta Perikanan 1985 dijadikan tukun tiruan membabitkan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kementerian prihatin isu pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang mengakibatkan ketirisan hasil laut dianggarkan bernilai RM6 billion setahun dan memberi kesan kepada ekonomi rakyat Malaysia,” kata beliau selepas  Majlis Pelupusan Vesel Penangkapan Ikan Asing Yang Dilucutkan Hak Sebagai Tukun Tiruan di Medan Ikan Bakar Kuala Besar.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nazri Ishak.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan 2019) telah mendapat kelulusan Parlimen bagi meningkatkan kadar denda dan mengekang pencerobohan nelayan asing.

Katanya, di bawah pindaan itu, denda maksimum bagi nakhoda bot  yang menceroboh  dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM6 juta, selain penalti bagi setiap  kru dinaikkan RM100,000 kepada RM600,000. – UTUSAN ONLINE

The post 3 bot dijadikan tukun tiruan di perairan Kuala Besar appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement