Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

28 Orang Anak Tak Pergi Sekolah, Bapa Yakin Anak-Anak Minda Usahawan

Mengejutkan apabila seorang pengguna laman Facebook berkongsi satu kisah tentang keluarga yang mempunyai 28 orang anak. Difahamkan 28 orang anak itu hasil daripada perkahwinan seorang lelaki dengan 4 orang isteri dan kini isteri keempat sedang mengandung lagi. Mereka menyewa 2 rumah apartment yang kecil. 1 rumah hanya ada 2 bilik sahaja dan 1 bilik didiami oleh seorang isteri.

Published

on

Mengejutkan apabila seorang pengguna laman Facebook berkongsi satu kisah tentang keluarga yang mempunyai 28 orang anak. Difahamkan 28 orang anak itu hasil daripada perkahwinan seorang lelaki dengan 4 orang isteri dan kini isteri keempat sedang mengandung lagi. Mereka menyewa 2 rumah apartment yang kecil. 1 rumah hanya ada 2 bilik sahaja dan 1 bilik didiami oleh seorang isteri.

Ini sangatlah mengejutkan buat pengguna laman Facebook tersebut yang dikenali dengan nama Nurul Ima. Di mana 28 anak yang lain tidur? Kata bapanya anak-anak perempuan akan tidur di bilik manakala yang lain bergelimpangan di mana-mana ruang asalkan di bawah bumbung.

Baca juga: “Ini Namanya Influencer Bukannya..” – Wargamaya Kagum Dengan Iklan Vaksin Phua Chu Kang

 

Apa yang lebih mengejutkan adalah anak-anak ini tidak bersekolah. Kata bapa mereka, mereka tidak berminat untuk ke sekolah kerana mereka mempunyai minda usahawan. Kalau pergi sekolah mereka akan keluar dari kelas. “Umpama burung, tak suka terkurung”, ujarnya.

Apabila ditawarkan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz yang berada di kawasan berdekatan, bapa itu  dengan keras menolak tawaran tersebut kerana sungguh-sungguh berkata dia ingin menghantar anak-anaknya yang cerdik ke sekolah pondok yang terbaik di Malaysia yang terletak di Kelantan.

Visi dan impian sudah ada namun apabila ditanya apa tindakan yang dia ambil untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah tersebut, dia palingkan topik itu kepada isterinya pula, “nantilah tunggu isteri saya daftarkan…”.

Kisah ini dikongsikan kembali oleh seorang pengguna di Twitter yang berang dengan sikap lelaki ini yang sepertinya tidak bertanggungjawab.

 

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata kasihan dengan nasib anak-anak yang tidak terbela ini. Bukan sahaja hidup susah, tetapi tiada pendidikan diberikan buat mereka. Wargamaya berang dengan sikap ayah kepada 28 orang anak ini yang seakan mengambil ringan tentang hak kanak-kanak.

Nurul Ima ada memohon di akhir postingnya buat sesiapa yang boleh membantu, tolonglah bantu keluarga ini. Kesian anak-anak ini terabai pendidikan mereka. Persekitaran kehidupan juga tidak memberangsangkan. Kita sebagai rakyat Malaysia, jikapun tidak dapat membantu dengan wang ringgit dan kudrat marilah kita sama-sama berdoa agar kehidupan anak-anak ini terpelihara.

 

Baca juga: “Ibu Bapa Tiada Akal!” – Tindakan Bagi Anak Hisap Vape Undang Kemarahan Netizen

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement