Connect with us

Hiburan

28 Mac 2019, Tarikh Hari Lahir Penuh Makna Buat Fasha

Pelakon jelita, Fasha Sandha hari ini menyambut hari kelahirannya yang ke-35.

Published

on

Pelakon jelita, Fasha Sandha hari ini menyambut hari kelahirannya yang ke-35.
Seperti sedia maklum, hari paling bahagia buat Fasha kini semakin hampir apabila pelakon kelahiran Perlis itu sudah pun mengadakan majlis malam berinai semalam.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fasha meluahkan rasa syukur dan terharu kerana majlis tersebut diadakan serentak dengan hari ulangtahunnya.

“Bismillahirahmanirahim, 28th March 2019. Insyaallah hari lahir yang akan diingati, kerana serentak dengan #malamberinaiaidilfasha , ini merupakan kali pertama saya diraikan di majlis berinai,” tulisnya. 

Sementara itu, Fasha juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis malam berinainya dan yang sentiasa mendoakannya.

“Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih diatas semua doa2 yang diberikan. Ucapan setinggi2 penghargaan buat semua yang hadir di majlis kami. Mohon AMPUN diatas kekurangan yang ada,” katanya. 

Walaupun masih merahsiakan tarikh perkahwinannya bersama Aidil, namun mengikut tekaan dari kapsyen Fasha, mereka bakal disatukan pada hujung minggu ini iaitu 31 Mac.

“Maaf jika belum sempat membalas satu persatu, kerana akan berkejar ke kampung halaman hari ini,” tulis Fasha lagi. 

Fasha berkongsi video di Instagram 

Fasha dan Aidil telah melangsungkan ikatan pertunangan dalam satu majlis sederhana pada 18 November 2018.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement