Semasa & Hiburan
25 Tahun Bersama, Ini Ucapan Romantis Sheila Rusly Buat Suami!
Bersemutlah!
Ulang tahun perkahwinan merupakan momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Meraikan ulang tahun perkahwinan juga mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Itulah yang dilakukan pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly yang memuat naik beberapa keping gambar ‘throwback’ bersama suami tercinta, Jinggo atau Azman Yahya di laman Instagram.
Selain itu, ibu beranak dua itu juga menitipkan ucapan romantis di ruangan kapsyen sempena tahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 30 Mac lalu.
“❤️
25 thn i JAGA you
25 thn i KEMAS baju you
25 thn MESIN i CUCI baju you
25 thn i MASAK utk you
25 thn i MAKAN dgn you
25 thn i KETAWA dgn you
25 thn i NANGIS dgn you
25 thn i BERTEKAK dgn you
25 thn i MEMBEBEL kat you
25 thn i TIDUR dgn you
25 thn i DOA utk you
25 thn i HIDUP dgn you
25 thn i SAYANG you
25 thn i belum rasa BOSAN dgn you. It has always BEEN YOU & it will always BE YOU.
Happy Anniversary babe @jinggo_jspictures thank you for making my LIFE easier, better & happier. Love you my love😘
#sentiasabersyukur#alhamdulillah,” tulis Sheila panjang lebar.