Connect with us
Kool FM

Berita

24 PATI etnik Rohingya dikhuatiri lemas di Langkawi

Published

on


LANGKAWI: Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam di perairan barat pulau peranginan ini pada pukul 8 malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, pihaknya  menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Berdasarkan maklumat,  pengadu yang juga PATI yang menaiki bot tersebut  terjun dari bot bersama 24 orang yang lain dan didakwa hanya dia yang terselamat kerana berenang sampai ke daratan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengadu yang bernama Nor Hossain, 27, ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan dua aset laut dan sebuah aset udara milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merangkumi kawasan seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Langkawi.

“Kita menyalurkan maklumat kepada agensi penyelamat lain, komuniti nelayan setempat dan pihak berkuasa Thailand bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post 24 PATI etnik Rohingya dikhuatiri lemas di Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement