Berita
15 Pecahan Kes COVID-19 Mengikut Daerah
Semoga membantu..
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 30 Mac 2020 telah menyenaraikan 15 kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah (berbahaya) menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.
Antara lokasi-lokasi yang telah disenaraikan adalah seperti berikut:-
Pecahan kes #COVID19 yang terkini mengikut daerah.
15 Zon merah (bahaya) ⚠️⚠️⚠️
1. Petaling
2. Lembah Pantai
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Johor Bahru
6. Kluang
7. Kuching
8. Kota Bharu
9. Kepong
10. Kinta
11. Gombak
12. Klang
13. Titiwangsa
14. Tawau
15. Hilir Perak pic.twitter.com/paoqRfTzZw— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
KKM turut menyarankan penduduk di kawasan zon merah agar:-
1. Mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2. Hanya ketua keluarga atau wakil boleh keluar untuk membeli barangan keperluan harian
3. Jaga jarak sosial
4. Meningkatkan kebersihan diri dan dalam rumah
Semoga pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 segera pulih dan rakyat Malaysia turut mengambil iktibar daripada kejadian yang dialami ketika ini.